Tuesday, September 30, 2014

KENALI GURU KAUNSELING ANDA

Nama Cikgu ialah Rosmawati Bt Abdul Ghani. Dilahirkan di Pendang, kedah pada 19 September 1982. Mempunyai 5 orang adik beradik dan cikgu ialah anak yang pertama. Sekolah pertama di SK Haji Idris,kemudian ke sekolah menengah di SMK Tanah Merah, Pendang.

Pada tahun 1999, menduduki SPM,alhamdulillah berjaya mendapat gred 1 dan sambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang Perakaunan. Kemudian, tahun 2003, dapat sambung belajar di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) ataupun sekarang dikenali sebagai UMT (Universiti Malaysia Terengganu) dalam bidang Pengurusan Kaunseling.

Alhamdulillah, bidang Kaunseling menjadi minat cikgu untuk belajar dengan lebih tekun dan akhirnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2006, mendapat tawaran bekerja di UPM sebagai Kaunselor Pelajar dan tawaran sambung belajar sebagai guru di Maktab Perguruan Darulaman sebagai guru bimbingan dan kaunseling sekolah rendah.

Pilihan yang cikgu ambil ialah sambung belajar, kerana cikgu suka bersama dengan anak murid.Pada tahun 2007, cikgu dipostingkan di SK Asyakirin, Bintulu Sarawak sebagai guru Bahasa Inggeris. Pada tahun 2008, mohon pertukaran, dan berjaya bertukar di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. mengajar di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena hingga sekarang dan cikgu bahagia bersama anak murid cikgu dan berjaya mendapat gelaran Guru Cemerlanga Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah pada tahun 2013.

Cikgu doakan semua murid SK Pokok Sena juga berjaya seperti cikgu, kerana belajar secara berterusan akan memberi semangat kepada kita supaya berjaya di dunia dan akhirat. Akhir kata dari cikgu, belajarlah bersungguh-sungguh supaya impian kita akan tercapai. Cita-cita tidak akan datang sekiranya, kita bersikap malas.

Monday, September 29, 2014

AKTIVITI PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID




 
 
 

Program Pemantapan Sahsiah dan Disiplin Murid

Program Pemantapan Sahsiah dan Disiplin Murid

Tajuk Ceramah : Salah Laku Disiplin Murid dan Hukumannya
Tarikh : 23 September 2014
Hari : Selasa
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPS
Sasaran : Murid tahun 3,4 dan 5
Ceramah disampaikan oleh Inspektor Hisham Bin Hamid
Ketua Polis Balai  Pokok Sena, Kedah

Objektif Program :
1. Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang di sekolah.
2. Membentuk keperibadian mulia dikalangan murid.
3. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan
4. Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

Sunday, September 28, 2014

Adab Berkawan

Sahabat merupakan individu yang akan sentiasa ada bersama kita sama ada dikala sedih dan gembira.Terdapat beberapa adab dalam bersahabat yang perlu kita tahu dan amalkan.Antaranya ialah

1.panggilan nama.panggil nama kawan dengan nama yang disukai.
2. memohon maaf dengan kawan dengan kadar yang segera apabila kita melakukan kesalahan.
3. membantu kawn yang berada dalam kesusahan.
4.memberi hadiah untuk merapatkan silaturrahim.
5.menutup aib kawan iaitu tidak menghebohkan perkara yang tidak elok kepada kawan-kawan yang lain.

Sunday, September 21, 2014

Tuesday, September 9, 2014

PROGRAM CUMA 5 MINIT ANTI DADAH


BULAN FEBRUARI


MINGGU PERTAMA (FEBRUARI)
07.40 -07.45 PAGI

RUPA DAN KEADAAN PENAGIH DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                           )
1.
Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:

Penagih dadah tidak menjaga diri. Pakaiannya kotor dan berbau busuk, rambut tidak terurus, hidung sentiasa berair, air liur meleleh dengan mulut berbau busuk. Duduk dan baring tidak kira tempat.
2. 
RUMUSAN : Penagih dadah akan menjadi seorang yang pengotor.



MINGGU KEDUA
(FEBRUARI)
07.40-07.45 PAGI

DADAH MEMBAWA MAUT

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Jelaskan kepada murid-murid :
Penagih dadah akan mati sebelum ajal. Penagih dadah yang sedang khayal akan hilang daya tumpuan fikiran. Tenaga lemah, jalan terhoyong-hayang. Mereka tidak hiraukan keselamatan diri. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh tersungkur ke dalam parit, longkang dan jalan raya. Akibatnya mereka akan luka, cedera-parah dan akhirnya membawa maut.
(                       )
2.
RUMUSAN : Kita juga akan mati tetapi janganlah mati seperti seorang penagih dadah.



MINGGU KETIGA
(FEBRUARI)
07.40-07.45 PAGI

CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                      )
1.
Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih dadah. Semak jawapan murid berdasarkan senarai berikut :
  • Bajunya kotor dan berbau busuk
  • Matanya merah dan kuyu
  • Air liur meleleh
  • Jalan terhoyong-hayang
  • Percakapan meleret-leret
  • Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi tangga atau kaki lima.
  • Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak makan atau tiada duit tambang bas.

2.
RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri

*Sila tandakan (P) jika sudah dibaca atau (O) jika belum dibaca.




MINGGU KE-EMPAT
FEBRUARI
07.40-07.45 PAGI

MASA DEPAN SEORANG PENAGIH DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                      )
1.
Jelaskan kepada murid-murid mengenai masa depan penagih dadah seperti berikut:
  • Jadi seorang pemalas
  • Susah untuk lulus peperiksaan
  • Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah
  • Dipulaukan oleh masyarakat
  • Susah dapat kerja
  • Sering dicaci dan dicurigai
  • Dibenci dan dihina
  • Dibuang kerja atau sekolah
  • Tidak dipercayai oleh rakan-rakan
  • Masa depan gelap

2. 
RUMUSAN : Pelajar sekolah yang ditangkap kerana mengguna/mengedar dadah akan dibuang sekolah dan dijadikan kes polis


























BULAN MAC

MINGGU PERTAMA
MAC
07.40 -07.45 PAGI




NASIB KELUARGA PENAGIH DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                       )
1.
Jelaskan kepada murid-murid nasib keluarga penagih adalah seperti berikut :
  • Hubungan anak yang menagih dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain akan renggang
  • Fikiran dan perasaan anggota keluarga tidak tenteram dan terancam
  • Keluarganya akan dibenci dan dipulau oleh masyarakat
  • Keluarganya jadi huru-hara
  • Harta benda keluarga tidak selamat

2.
RUMUSAN : Kerana penagih, keluarga yang tidak berdosa menjadi mangsa. Siapa yang malu? ”Mereka dan keluarga mereka juga...”


________________________________________________________________________



MINGGU KE DUA
MAC
07.40-07.45

PENGEDARAN DADAH DI MALAYSIA

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                   )
1.
Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:
  • Jenis dadah seperti heroin, morfin, candu dan ganja yang digunakan oleh penagih diseludup dari luar negara oleh pengedar dadah
  • Pokok ganja ada ditanam secara haram di Malaysia dan biasanya terletak di kawasan pedalaman
  • Penagih-penagih yang sudah tidak mampu membeli dadah kerana harganya terlalu mahal akan membeli pil-pil psikoterapik dan memakannya secara berlebihan sebagai ganti
  • Dadah akan dijual kepada penagih melalui pengedar dadah yang cuba membuat seberapa banyak keuntungan yang boleh, terutamanya kepada penagih yang meluap-luap ketagihannya


2. 
RUMUSAN : Pengedaran dadah di Malaysia masih berleluasa





MINGGU KETIGA
MAC
07.40-07.45





CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN BARU YANG TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                       )
1.
Jelaskan kepada murid-murid cara pengedar dadah mencari pelanggan baru seperti berikut :
  1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang bermasalah di rumah atau di sekolah
  2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping selalu dengan pelajar yang dikenal pasti
  3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar tersebut sehingga dirinya dipercayai dan diterima sebagai sahabat
  4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan belanja rokok semewah-mewahnya
  5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba dadah dengan percuma. Bila pelanggan baru sudah mula seronok barulah dikenakan bayaran. Selagi pelanggan baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila sudah mula ketagihan, harga dadah melambung

2.
RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN CEKAP

























BULAN APRIL

MINGGU PERTAMA
APRIL
07.40-07.45



CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                        )
1.
Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
  • Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar
  • Ibu bapa yang selalu bergaduh
  • Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah
  • Nakal
  • Merokok
  • Suka buang masa
  • Suka berfoya-foya
  • Suka merancang untuk bersuka-ria
  • Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal
  • Beg sekolah juga bertampal-tampal
  • Menggunakan perkataan ’Lu’ atau ’Gua’ bila bercakap sesama rakan
  • Pelajaran merosot
  • Selalu melanggar peraturan sekolah

2. 
RUMUSAN :Prinsip pengedar dadah : TIADA PENAGIH, TIADA PERNIAGAAN. BILA TIADA PERNIAGAAN, HIDUP SUSAH. APA PEDULI ORANG MENDERITA, ASALKAN AKU KAYA



MINGGU KEDUA
APRIL
07.40-07.45

MENGAPA PELAJAR SEKOLAH MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                               ) 
1.
Jelaskan kepada murid-murid perkara yang berikut :
  • Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi
  • Golongan remaja suka kepada keseronokan
  • Golongan remaja suka mencuba-cuba
  • Remaja suka kepada cara hidup bebas
  • Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat
  • Mudah dapat wang daripada ibu bapa
  • Sudah ada tabiat asas kepada menagih iaitu tabiat merokok daripada ahli keluarga
  • Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan diri atau fikiran seperti belajar
  • Suka kepada kawan-kawan yang menyeronokkan

2.
RUMUSAN : Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar sekolah yang bermasalah adalah bakal pelanggan mereka yang setia, walaupun mereka tahu bahawa menagih dadah banyak keburukannya


MINGGU KETIGA
APRIL
07.40-07.45

MENGENAL PELAJAR YANG MENGGUNAKAN DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                        )
1.
Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
  • Selalu atau suka ponteng sekolah
  • Pandai berdalih
  • Merokok
  • Selalu pinjam atau minta wang
  • Selalu bercakap bohong
  • Pakaian tidak kemas
  • Jadi murid yang pendiam atau memilih kawan yang tertentu sahaja
  • Menjual barang curi
  • Selalu membawa pakaian harian ke sekolah
  • Pelajaran semakin merosot
  • Enggan bertentang mata bila bercakap engan orang lain
  • Memilki wang yang banyak
  • Menyorok-nyorokkan barang yang mencurigakan deperti pil, serbuk putih seperti tepung atau daun kering pokok ganja

2. 
RUMUSAN :Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada dalam keadaan gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba menyembunyikan perasaannya. Dia berperasaan demukian sebab takut ditangkap oleh pihak sekolah. Dia tahu kalau kena tangkap hukumannya ialah buang sekolah atau jadi kes polis
________________________________________________________________________

MINGGU KEEMPAT
APRIL
07.40-07.45



APA ITU DADAH


*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
(                                        )
1.
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut :
·         Mengganggu keseimbangan kimia dalam tubuh badan manusia
·         Boleh merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
·         Mengakibatkan pergantungan fizikal  (idak boleh buat kerja atau lemah badan jika tidak makan dadah)
·         Mengakibatkan pergantungan psikologikal (fikiran, peresaan, emosi dan personaliti yang dikawal oleh dadah)
·         Memberi kesan buruk kepada kesihatan (sakit lain seperti AIDS dsb)
·         memberi kesan buruk kepada fungsi sosial (bersendirian, menyusahkan orang lain dan sebagainya)

2. 
RUMUSAN : Dadah diharamkan sebab banyak mendatangkan keburukan




BULAN MEI

MINGGU PERTAMA
MEI
07.40-07.45 pagi




KESAN BURUK GANJA

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Terangkan apa itu ganja.
Ganja ialah daunpokok ganja yang dikeringkan.
Warnanya hijau pucat. Biasanya dibungkus dengan kertas coklat seperti bentuk rokok. Ganja juga dipanggil dengan nama ’sateh’ atau ’barang’ dan lain-lain lagi
2.
Terangkan bahawa ganja membawa kesan-kesan buruk seperi berikut :
  • Hilang persepsi masa dan ini menyebabkan penagih jalan terhoyong-hayang
  • Boleh menyebabkan penyakit bronkotis, sakit dada, lelah dan kanser sebab asap ganja mengandungi  THC (TETRAHYDROCANNABINOL)
  • Melemah dan merokkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah
  • Menyebabkan pengeluaran hormon lelaki merosot. Bilangan sperma akan kurang dan jadi cacat serta boleh menyebabkan mandul
..........sambung pada minggu berikutnya......
_______________________________________________________________________

MINGGU KEDUA
MEI
07.40 – 07.45 pagi


KESAN BURUK GANJA (sambungan)

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Terangkan kesan buruk ganja selanjutnya :
  • Merosakkan pertimbangan, persepsi dan motivasi
  • Menimbulkan sikap tidak peduli dan kurang sihat untuk bergaul dengan kawan-kawan
  • Menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan mengurangkan telur dalam ovari. Mengurangkan susu badan dan boleh menyebabkan mecacatan pada janin


2. 
RUMUSAN : pelajar sekolah biasanya diumpan dengan ganja terlebih dahulu sebelum dikenalkan kepada dadah yang lebih kuat dan mahal










MINGGU KETIGA
MEI
07.40-07.45 PAGI






KESAN BURUK CANDU

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Jelaskan apa itu candu :
Candu berasal dari getah bunga popi yang banyak ditanam di kawasan ”TIGA SEGI MAUT” di utara Thailand. Getah bunga popi ini diproses (dimasak) menjadi candu masak.
2.
Keburukan candu :
  • Boleh menyebabkan mati mengejut
  • Menyebabkan khayal dan tidak boleh mengawal pergerakan badan dan mudah mendapat kemalangan
  • Hilang selera makan dan berat badan merosot dengan banyak
  • Menjadi sesak nafas
  • Mudah diserang penyakit sebab kurang daya ketahanan diri terhadap penyakit

3.
RUMUSAN : Candu juga salah satu daripada jenis dadah yang merbahaya


























BULAN JUN

MINGGU KETIGA JUN
07.40-07.45 PAGI

KESAN BURUK MORFIN

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Terangkan :
a)    Morfin ialah hasilan yang diproses daripada candu. Terdapat dalam bentuk serbuk putih seperti tepung atau cecair atau ketulan hitam. Kesannya kira-kira lapan kali lebih kuat daripada candu.
b)    Kesan buruk mengambil dadah morfin kepada penagih :
-       Selalu menganuk
-       Berat badan merosot
-       Tidak berupaya mengurus diri
-       Mudah diserang penyakit
-       Mati mengeju


2. 
RUMUSAN : Harga morfin juga mahal. Pengedar dadah akan jual kepada penagih yang tidak berkesan dengan jenis-jenis dadah yang lain. Penagih-penagih akan menyebabkan pengedar dadah lebih kaya.
________________________________________________________________________

MINGGU KEEMPAT
JUN
07.40-07.45 PAGI



AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:
Undang-undang dadah yang paling keras sekali di dunia
Akta ini bertujuan menyekat atau mengawal kegiatan pengimportan, pembuatan, penjualan, pemilikan, pengeksportan dan penggunaan segala jenis dadah dan campuran dadah

Hukuman di bawah undang-undang ini :
Seksyen 39B (pengedar)
HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI MANDATORI ( tiada hukuman lain)

Seksyen 39A (penjual)
HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP

2. 
RUMUSAN : Yng banyak mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain ialah pengedar dan penjual dadah. Jika anda tahu, laporkan kepada polis secara senyap-senyap






BULAN JULAI

MINGGU PERTAMA
JULAI
07.40-07.45 PAGI




AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Jelaskan kepada murid-murid :
  • Akta ini membolehkan pihak berkuasa menangkap penagih dadah dan dihantar ke pusat pemulihan selama 2 tahun
  • Di pusat pemulihan penagih dadah diberi pemulihan fizikal, psikologikal, mental dan rohani
2.
RUMUSAN : Penagih-penagih yang sudah parah memang sukar untuk dipulihkan. Mereka akan ulang semula tabiat lama setelah keluar dari pusat pemulihan. Mereka hanya menanti maut




MINGGU KEDUA
JULAI
07.40 – 07.45 PAGI

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HAK HARTA) 1988
*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengesan, membeku dan merampas harta (aset) pengedar dadah samada di dalam atau di luar negeri, selain daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya
2.
RUMUSAN : Pengedar dadah tidak patut dibiarkan hidup senang-lenang hasil daripada jualan dadah

_______________________________________________________________________
MINGGU KETIGA
JULAI
07.40 -07.45 PAGI

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
  • Akta ini membolehkan Menteri Dalam Negeri menahan pengedar-pengedar dadah selama 2 tahun tanpa bicara. Seksyen 6(1). Penahanan ini boleh dilanjutkan selepas tamat tempoh penahanan yang pertama
  • Seksyen 6(3) pula membolehkan Menteri Dalam Negeri mengenakan perintah sekatan selepas tamat penahanan tanpa bicara

2. 
RUMUSAN : Pengedar dadah yang ditahan tanpa bicara adalah pengedar dadah yang cukup licin dan sukar untuk dibuktikan kesalahannya. Jika anda dapat memberikan maklumat, manusia durjana ini akan mati di tali gantung







BULAN OGOS

MINGGU PERTAMA
OGOS
07.40-07.45 PAGI




DADAH MUSUH UTAMA NEGARA

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Jelaskan kepada murid-murid perkara berikut :
  • Dadah adalah musuh utama negara
  • Ramai tenaga pekerja tidak dapat digunakan untuk pembangunan kerana ketagihan dadah
  • Negara-negara luar hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia menyebabkan ekonomi merosot dan meleset
  • Bila pengangguran meningkat, masalah sosial akan meningkat seperti merompak, mencuri, menyamun,membunuh, melacur dan lain-lain lagi

2.
RUMUSAN : Sekarang negara kita aman dan makmur, tetapi jika kegiatan pengedaran dadah tidak dihapuskan, negara akan jadi huru-hara
________________________________________________________________________

MINGGU KEDUA
OGOS
07.40 – 07.45 PAGI

BAHAYA MEROKOK

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:

  • Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah ramai orang mati kerana merokok
  • Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai orang yang sanggup menggadaikan nyawa sengan merokok
  • Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon monoksid dan tar
  • Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan meninggikan tekanan darah
  • Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk
  • Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus atau mulut

2. 
RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah



MINGGU KETIGA
OGOS
07.40-07.45 PAGI

CARA MENGESAN KEGIATAN MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Biasanya kegiatan menagih dadah di sekolah dilakukan secara sulit  tetapi kegiatan ini masih dapat dikesan jika terdapat :
Alat Suntikan
Straw, sudu, pelepah betik
Mancis Lilin
Tembakau
Rokok, rokok daun, timah rokok
Sudu
Limau Nipis
Tali

2.
RUMUSAN : Barang-barang atau alat tersebut biasanya disorok ditempat sulit. Cuba buat tinjauan

________________________________________________________________________

MINGGU KEEMPAT
OGOS
07.40 – 07.45 PAGI

PERANAN PELAJAR MENGHAPUSKAN KEGIATAN MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Peranan pelajar adalah seperti berikut :
  • Pilih seorang murid yang berkelakuan luar biasa dan awasi gerak-gerinya sepanjang hari tanpa disedari
  • Bantu sekolah menjalankan aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah
  • Beri nasihat secara tidak langsung kepada rakan-rakan sebaya supaya tidak merokok atau mencuba dadah
  • Jadikan diri sendiri sebagai murid contoh dalam segala hal

2. 
RUMUSAN :Kerja mengawas perbuatan merokok dan menggunakan dadah adalah bahaya. Sebaliknya jika anda menyelamatkan rakan anda daripada terlibat dengan dadah, bererti anda telah memberi sumbangan yang amat bermakna














BULAN SEPTEMBER

MINGGU PERTAMA SEPTEMBER
07.40 – 07.45 PAGI




CARA MEMPENGARUHI RAKAN SEBAYA SUPAYA MENJAUHI DIRI DARI DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
  • Sampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya secara tidak langsung
  • Mengajak rakan sebaya menyertai pelbagai aktiviti kelab, persatuan dan sukan di sekolah
  • Rancang aktiviti berfaedah untuk menghabiskan masa cuti sekolah
  • Pujuk rakan sebaya yang bermasalah jumpa kaunselor atau mana-mana guru yang dipercayai supaya dapat berbincang

2.
RUMUSAN : Untuk berjaya dalam usaha ini, anda mestilah bersifat jujur, ikhlas, mesra, ambil berat dan simpati. Semua sifat-sifat tersebut menyebabkan rakan sebaya yakin dan percaya kepada anda
________________________________________________________________________

MINGGU KEDUA
SEPTEMBER
07.40 – 07.45 PAGI

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENJAUHKAN DIRI DARI DADAH

*


Sudah


Belum

………………………
Tandatangan Guru
1.
Antara aktiviti nya adalah seperti berikut :
  • Libatkan diri dalam permainan tiap-tiap petang supaya badan sentiasa sihat
  • Adakan perkhemahan atau melancong dalam cuti sekolah
  • Penuhkan masa lapang dengan hobi
  • Anjurkan perkelahan atau kembara
  • Aktiviti riadah yang berfaedah


2. 
RUMUSAN : Bila masa lapang kita penuhi dengan aktiviti yang berfaedah, sudah pasti pengaruh dadah dapat anda jauhi










BULAN OKTOBER

MINGGU PERTAMA
OKTOBER
07.40 – 07.45 PAGI


PERSEMBAHAN MURID

Pantun PPDa.





Nama murid
_____________________
 Tahun : ___________
______________________________________________________________________________________



MINGGU PERTAMA
OKTOBER
07.40 – 07.45 PAGI


PERSEMBAHAN MURID

SAJAK  PPDa.





Nama murid
_____________________
 Tahun : _______________




MINGGU KETIGA
OKTOBER
07.40 – 07.45 PAGI


PERSEMBAHAN MURID

CERITA PPDa.





Nama murid
_____________________
 Tahun : _______________

SELAMAT DATANG