Sunday, October 12, 2014

KERTAS KERJA PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS

Contoh kertas kerja program kaunseling berfokus..
boleh dirujuk untuk kebaikan bersama...
Sekian, terima Kasih.


 

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA


1.         LATAR BELAKANG

Kajian terhadap kes buli dan ponteng yang telah dibuat oleh institusi pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi akademik di samping salah laku negatif yang lain seperti ponteng, bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Tabiat buruk yang dilakukan oleh segelintir murid ini patut dibendung. Pelantikan jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lebih dari seorang di setiap sekolah diharap dapat membantu menangani masalah  kemerosotan prestasi akademik dan disiplin ini secara profesional.


2.         PERNYATAAN MASALAH

 

Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh murid sentiasa berlaku. Pihak sekolah telah berusaha untuk mengubah tingkah laku yang negatif  dengan berbagai-bagai pendekatan. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sememangnya telah diterima sebagai satu perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi membantu pihak sekolah menangani masalah ini secara professional, pengumpulan data dan maklumat diperlukan untuk membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan dan jumlah murid yang  telah  berubah dan tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif serta prestasi akademik mereka meningkat.

 

3.         MATLAMAT

 
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan  mempunyai data bilangan murid yang telah berubah tingkah lakunya dan memperolehi kecemerlangan akademik hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling  Sepenuh Masa  di sekolah menengah dan rendah.

 

4.         OBJEKTIF

 

4.1        Membantu sekolah mengurangkan masalah salah laku disiplin di samping mempertingkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.

4.2        Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dapat membantu menyelesaikan       masalah salah laku disiplin dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat.

4.3        Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap  peranan Guru       Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam usaha membendung masalah    disiplin murid.

4.4        Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam    menangani disiplin murid.

 

5.         RASIONAL

            Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah untuk melahirkan insan yang seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh.

 

6.         FOKUS PELAN TINDAKAN

 

6.1        Mengesan semua kumpulan murid mengikut kategori yang disenaraikan    melalui pemerhatian, laporan disiplin, SSDM, buku catatan, soal selidik,          maklumat pembimbing rakan sebaya dan lain-lain.

6.2        Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini hendaklah disenaraikan           mengikut 3 Bidang utama iaitu:

 

                                     6.2.1    Bidang Akademik

                                     6.2.2   Bidang Disiplin

                                     6.2.3    Bidang PPDa.

 

 

 

 

6.3        Program ini memberi tumpuan kepada ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik  wajib          iaitu untuk meliputi kumpulan Cemerlang dan Galus. Kemudian pilih 3         kumpulan sasaran daripada 2 bidang yang berikutnya mengikut keperluan    sekolah.  Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan  minimum 10 orang      dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran.

 

            Contoh : Ali bin Abdullah  Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa dari            SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Hulu Langat  telah memilih:

 

1.    Bidang Akademik (WAJIB)

        Kumpulan Cemerlang – 10 orang murid

        Kumpulan Galus   -   20 orang murid

 

2.    Bidang Disiplin (PILIHAN)

        Kumpulan Ponteng           -  10 orang murid

        Kumpulan Buli                   -  10 orang murid

 

3.    Bidang PPDa (PILIHAN)

3.1             Kumpulan Merokok    - 10 orang murid

                                   

                                    4.   Bidang Pembangunan Staf (PILIHAN)

 

6.4        Ambil maklumat peribadi murid yang tersenarai dan difailkan.

6.5        Murid berkenaan hendaklah menjalani proses kaunseling individu dan        kelompok secara berterusan ( ada laporan dan catatan)

6.6        Murid berkenaan dilibatkan sama dalam program khas B & K yang sesuai             (ada laporan dan catatan)

6.7        Bincang / bentang laporan dan  catatan  kepada pengetua / Guru Bersar sebelum             1 hari       bulan  pada setiap bulan.

6.8        Hantar laporan kepada PPD pada setiap 5 hari bulan pada setiap  4 bulan sekali.

6.9        PPD hantar ke Unit HEM JPNK sebelum 10 hari bulan pada setiap  4 bulan           sekali.

 

7.         SASARAN

 

            7.1       BIDANG AKADEMIK

 

                        7.1.1    Kumpulan Cemerlang

                        7.1.2    Kumpulan Galus

 

                                                * Borang Pengesanan A

                                                                * Borang Rumusan A

 

                7.2       BIDANG  DISIPLIN

 

                            7.2.1    Kumpulan Ponteng

                            7.2.2    Kumpulan Buli

                            7.2.3    Kumpulan Mencuri

                            7.2.4    Kumpulan Bergaduh

 

                                                                  * Borang Pengesanan B

                                                                  * Borang Rumusan B

 

7.3          BIDANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

 

    7.3.1     Kumpulan Merokok

    7.3.2     Kumpulan Dadah

 

                             * Borang Pengesanan C

                            * Borang Rumusan C

 

8.         PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

8.1             Pengetua / Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah.

8.2             Pegawai Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah

8.3             Pegawai Kaunseling Jabatan Pelajaran NEGERI KEDAH.

 

9.         AHLI JAWATANKUASA
 

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi                     :           HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN (GURU BESAR SKPS)

 

Timbalan Pengerusi     :           PN ROGAYAH BT ISMAIL (GURU PENOLONG KANAN)

 

Naib Pengerusi            :           PN ROS NANI BT ITENG (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

                                                               

                                                                PN KHARIMA BT ZAINAL ABIDIN (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

                                                          
                                                                EN SHARIH ROSLAN EFFENDY BIN ROSELY (Guru Pen Kanan PPKI)

                                               
Setiausaha                   :           PN ROSMAWATI BT ABDULGHANI (Ketua Unit Bimbingan

 
dan Kaunseling Sepenuh Masa)

 
Naib Setiausaha          :           PN SAFINAH BT MD SAID (Ketua Unit Disiplin)

 
Bendahari                    :           PN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI (Guru Bimbingan dan Kaunseling  )

AHLI JAWATANKUASA:

1)                  PN AINI BT AHMAD (Guru Pemulihann)

2)                  EN MUKTI BIN HAMID (Ketua Panitia Pendidikan Islam)

3)                  PENYELARAS KELAS TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
 
PROSES KERJA

PROGRAM  BERFOKUS

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Bil
Proses Kerja
Pegawai Yang Meluluskan / Dirujuk
Catatan
1.
Mengesan dn mengenalpasti murid berdasarkan maklumat.
  1. Pengarah Pelajaran Kedah.
 
  1. Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah.
 
  1. KS SPPK
 
  1. KU  HEM SPPK
 
  1. PPD
 
  1. Pengetua
 
  1. Guru Besar
 
2.
Senarai murid mengikut BIDANG kemudian senarai mengikut kumpulan  sasaran.
 
3.
Mengadakan sesi pertemuan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Kaunseling Berfokus.
 
4.
Dapatkan maklumat  peribadi murid yang terlibat.
 
5.
 
Hantar maklumat awal pelajar kepada PPD SPPK dan Unit HEM JPNS.
 
6.
Menyediakan Modul Latihan Berstruktur dan Kaunseling Berfokus
 
7.
Menjalankan ujian pra sebelum aktiviti.
 
8
Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas.
 
9.
Menjalan ujian post selepas aktiviti
 
10.
Membuat analisis ujian pra/post.
 
11.
Menyediakan pelaporan keberkesanan.
 
12.
Berbincang / bentengkan laporan kepada pengetua.
 
13.
Hantar laporan kepada PPD SPPK
 
14.
Hantar Laporan kepada Unit HEM JPN Kedah
 
15.
Tindakan susulan.
 
 

                                                                                                                     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




 

 


                                        

                                   



 


 


 

 


                             



 

 


                                   



 

 


                                       



 

 


              

 

                                   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                       

                  

           

 

 

 

 

 

 

 

 





3 comments:

  1. terima kasih atas info ini and minta izin untuk copy mana2 yang penting TQ.

    ReplyDelete
  2. mohon salin untuk kegunaan sekolah saya.

    ReplyDelete

SELAMAT DATANG