Wednesday, October 12, 2016

AKTIVITI KELAS GANTI-MODUL KERJAYA

MODUL BIDANG KERJAYA

BIDANG : KERJAYA
TAJUK           : Ice breaking - Bingo
MASA             : 30 minit
ALATAN        : kertas bingo
OBJEKTIF     :
1.    Mengenali peserta antara satu sama lain.
2. Mendedahkan peserta kepada 6 jenis bidang jenis minat pekerjaan (RIASEC).
3.    Menghilangkan rasa malu untuk bertanya kepda rakan baru.
LANGKAH     :
1.    Fasilitator mengedarkan lampiran Bingo kepada setiap peserta (lampiran 1).
2.    Dalam 10 minit, peserta dikehendaki pergi bertanya rakan tentang kenyataan yang sesuai dengan dirinya.
3.    Sekiranya peserta tersebut mempunyai ciri tersebut, diminta menurun tandatangan dalam petak berkenaan.
4.    Selepas Berjaya mendapat kesemua tandatangan untuk 18 kenyataan, peserta dikehendaki tepuk di depan pentas dan menyahut perkataan BINGO.
5.    Selepas semua peserta selesai, fasilitator akan secara rawak memilih seorang peserta untuk menguji beberapa orang  rakan baru.
FALSAFAH   :
                        Bersikap jujur dalam tugasan yang diberi.
Malu bertanya sesat jalan
                       





Lampiran 1

Membaiki Komputer



Memerhati Orang

Berlakon

Melukis

Suka Mengembara

Menyusun data/maklumat

Mekanikal

Suka Membaca Novel



Menyanyi

Berkawan

Suka Cabaran

Suka Menabung

Membuat/ Membaiki Perabot


Bekerja Sendiri

Melukiis

Menghadiri Majlis Keramaian

Suka Mentadbir & Kepimpinan

Ikut Arahan















Slot  2 :SELF DIRECTED SEARCH (SDS)
MASA             : 1 Jam
BAHAN          : 1. Edaran Ujian Psikologi (SDS)
OBJEKTIF     : Setelah menjalankan aktiviti ini,pelajar akan dapat
1.    Mengenali potensi dan personality diri.
2.    Melihat keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat.
3.    Mengetahui jenis-jenis kerjaya yang sesuai.
4.    Bersedia untuk mengetahui bidang pengkhususan yang bakal dipohon selepas SPM.
LANGKAH-LANGKAH
1.    Fasilitator/guru mengemukakan beberapa soalan umum yang berkaitan,
               Contohnya:
               - Apakah yang hendak kamu lakukan selepas SPM?
               - Apakah program yang kamu minati?
               - Jika kamu diberi pilihan,jenis pekerjaan yang bagaimanakah kamu ingin
               ceburi?
                (Cuba catatkan sebanyak mungkin jawapan yang diberi pada papan putih
               tanpa sebarang tapisan. Setiap perkara yang dicatatkan perlu dibincangkan
               bersama-sama pelajar melalui aktiviti sumbangsaran)
2. Fasilitator/guru mengedarkan satu set soalan SDS serta kertas jawapan.
3. Fasilatator atau guru menerangkan tentang kepentingan ujian SDS dan cara
   menjawabnya.


  Nota Guru :
   -SDS dapat melihat keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat kerjaya.
  -Mengenali personaliti dan potensi.
  -Membentuk matlamat.
4. Fasilitator /guru member masa 30 minit untuk pelajar menjawab semua soalan tanpa perbincangan.
5.    Sebelum pentafsiran dibuat,fasilitator/guru menerangkan kepada pelajar beberapa
   syarat antaranya:
  -Semua jawapan adalah rahsia anda sendiri.
  -Setiap keputusan ada cara mengubahnya.
  -Semua hasil yang didapati adalah untuk melihat kesukaan,kecekapan dan minat
   pelajar.
6.    Fasilitator/guru mengarahkan pelajar mengira ‘Y’ sahaja dari atas ke bawah mengikut barisan.
Nota Guru :
-       Barisan pertama untuk Realistic (R)
-       Barisan kedua untuk Investigative (I)
-       Barisan ketiga untuk Artistic (A)
-       Barisan keempat untuk Sosial (S)
-       Barisan kelima untuk Enterprising(E)
-       Barisan keenam untuk Conventional (C)
7. Fasilitator / guru mengarahkan pelajar mengira mengikut bahagian-bahagian jumlah yang didapati dalam kesukaan,kecekapan dan minat.
   Nota Guru : Keselarasan antara kesukaan,kecekapan dan minat amat perlu dalam
                      mencapai kecemerlangan.
8. Fasilitator/guru mentafsirkan setiap keputusan yang diperoleh berdasarkan RIASEC.
9. Fasilitator / guru mencadangkan agar pelajar berjumpa kaunselor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

PROSES
Sesuatu tingkahlaku dan minat itu tidak menjadi kesalahan selagi dilakukan dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan keperluan,tempat dan masa.

FALSAFAH
Setiap individu mempunyai potensi yang berbeza-beza,walaupun setengan mereka menghadapi kesukaran(derita) tetapi mereka tetap puas (bahagia)
















SLOT  3         : EXPLORACE KERJAYA
MASA             : 40 minit
ALATAN        : kertas manjung, gam

Objektif :
1.         Memberi kefahaman mengenai ciri-ciri personaliti bagi setiap kod R,I,A,S,E,K
2.         Memupuk sikap kerjasama di kalangan ahli kumpulan
3.         Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan.
Langkah:
1.         Ahli dibahagikan kumpulan mengikut keputusan ujian SDS yang telah dilakukan pada slot 2
2.         Ahli diminta untuk mencari sampul yang berisi ciri-ciri personaliti berdasarkan kod mata Hollad iaitu R,I,A,S,E,K. setiap kod telah dibezakan mengikut warna iaitu R – merah, I – Kuning, A – oren, S – Hijau, E – biru dan K – Ungu.
3.         Ahli kumpulan bergerak mencari sampul-sampul tersebut yang telah disembunyikan di sekitar kawasan sekolah.
4.         Setelah ahli menjumpai semua sampul tersebut, ahli diminta untuk melekatkan ciri-ciri tersebut di kertas manjung yang telah disediakan.
5.         Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka.

Falsafah:
1.         Ahli dapat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2.         Ahli dapat berkongsi ciri personaliti yang sama di dalam kumpulan.
3.         Setiap manusia mempunyai potensi untuk berjaya.





LAMPIRAN SLOT 3 :

CIRI-CIRI PERSONALITI MENGIKUT KOD RIASEK
REALISTIK
1.    Praktikal
2.    Materialistik
3.    Introvert
4.    Berprinsip
5.    Suka menggunakan mesin
6.    Tulen
7.    Tegas
8.    Pemalu
9.    Berterus-terang
10.  Natural

INVESTIGATIF
1.    Analitikal
2.    Berhati-hati
3.    Sifat ingin tahu
4.    Bebas
5.    Intelektual
6.    Teliti
7.    Introvert
8.    Pasif
9.    Optimistik
10.  Rasional
ARTISTIK
1.    Imaginatif
2.    Intuitif
3.    Emosional
4.    Bebas
5.    Sensitif
6.    Idealistik
7.    Suka bersendirian
8.    Tidak mudah terikut-ikut

SOSIAL
1.    Sosial
2.    Suka menolong
3.    Bekerjasama
4.    Mesra
5.    Peramah
6.    Sabar
7.    Ekstrovert
8.    Baik hati
9.    Bertangungjawab
10.  Boleh dipercayai

ENTERPRISING
1.    Suka mempengaruhi
2.    Daya pujuk yang tinggi
3.    Suka menonjoklan diri
4.    Suka berkomunikasi
5.    Bercita-cita tinggi
6.    Yakin diri
7.    Suka meneroka
8.    Cergas
9.    Optimistik
10.  Bebas


KONVENSIONAL
1.    Berstruktur tinggi
2.    Teliti
3.    Daya tahan tinggi
4.    Praktikal
5.    Akur
6.    Mengikut aturan
7.    Cermat
8.    Cekap
9.    Sopan
10.  Rutin 








SLOT 4         
TAJUK          : Pokok Pekerjaan 
MASA             :  40 minit
ALATAN        : pokok kertas manjung, pokok besar yang sebenar yang ditampal 60 kad pekerjaan, gam. 
Objektif :
1.         Mengukuhkan pengetahuan mengenai bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan personality masing-masing.
2.         Memupuk sikap kerjasama di kalangan ahli kumpulan
3.         Meningkatkan keyakinan diri pelajar terhadap hala tuju masa depan mereka.
Langkah:
1.         Pelajar berkumpul mengikut kumpulan.
2          Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan bergerak ke pokok-pokok yang terletak disebelah kantin untuk mencari jenis- jenis pekerjaan yang sesuai dengan kumpulan masing-masing iaitu kumpulan

I
 

E
 

K
 

R
 
.

A
 

S
 
 


3.         Masa yang ditetapkan untuk setiap kumpulan mengambil jenis pekerjaan tersebut hanya 2 minit dan setiap kumpulan hanya perlu mengambil 10 kad pekerjaan yang bersesuaian dengan kumpulan mereka.
4.         Setelah itu, setiap kumpulan harus kembali ke tempat berkumpul dan segera menampal jenis pekerjaan tersebut pada pokok mahjung yang siap sedia ditampal di dinding.
5.         Kemudian, setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan dari kumpulan mereka. Kumpulan yang tersalah mengambil kad pekerjaan yang salah akan didenda.
6.         Setelah selesai pembentangan, kad yang tersalah tadi perlu dipulangkan kepada kumpulan yang bersesuian.
7.         Fasilitator membuat minta pelajar membuat rumusan dari aktiviti yang dijalankan.
Falsafah:
1.         Memupuk sikap mendengar arahan, saling bekerjasama dan patuh pada masa yang ditetapkan.
2.         Dengan menjalankan aktiviti ini ahli kumpulan akan memahami lebih lagi berkenaan jenis pekerjaan yang terkandung dalam persekitaran RIASEK. 
























Lampiran slot 4

POKOK BESAR YANG SEBENAR YANG DITAMPAL POKOK PEKERJAAN
REALISTIK
11.  Mekanik
12.  Juruteknik computer
13.  Tukang kayu
14.  Pasukan beruniform
15.  Pelumba F1
16.  Juruterbang
17.  Juru ukur
18.  Pegawai pertanian
19.  Tukang masak
20.  Pegawai pertanian

INVESTIGATIF
11.  Pegawai Perubatan.
12.  Ahli farmasi
13.  Psikiatri
14.  Profesor
15.  Angkasawan
16.  Penyelidik
17.  Ahli antropologi
18.  Ahli botani
19.  Guru sains dan matematik.
20.  Ahli kaji bintang
ARTISTIK
9.    Arkitek
10.  Penggubah lagu
11.  Pengarang pelukis
12.  Wartawan hiburan
13.  Juruhias dalaman
14.  Jurufoto
15.  Jurusolek
16.  Pereka fesyen
17.  Kartunis
18.  Pereka grafik

SOSIAL
11.  Guru
12.  Pensyarah
13.  Pekerja sosial
14.  Pegawai perhubungan awam
15.  Jururawat
16.  Paramedik
17.  Pramugari / pramugara
18.  Pemandu pelancong
19.  Pegawai kebajikan
20.  Diplomat

ENTERPRISING
11.  Usahawan
12.  Pengarah syarikat
13.  Peguam
14.  Ahli politik
15.  Pengurus hotel
16.  Pengurus bank
17.  Wartawan
18.  Pejerja insuran
19.  Agen pelancongan
20.  Jurulatih


KONVENSIONAL
11.  Setiausaha
12.  Penyimpan kira-kira
13.  Akauntan
14.  Pegawai cukai
15.  Juruaudit
16.  Penilai harta
17.  Juruwang
18.  Pegawai perangkaan
19.  Jurutrengkas
20.  Operator computer








SLOT                         : 5
TAJUK          : Persembahan Kumpulan
MASA             :  40 minit
ALATAN        : kertas manjung, gam
Objektif :
1.         Mengukuhkan pengetahuan mengenai bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan personality masing-masing.
2.         Memupuk sikap kerjasama di kalangan ahli kumpulan
3.         Meningkatkan keyakinan diri pelajar terhadap hala tuju masa depan mereka.

Langkah:
1.         Semua kumpulan akan diberi 5 naskah suratkhabar yang berkaitan dengan iklan mencari pekerjaan.
2          Setiap kumpulan diberi 15 minit untuk mengguting iklan pekerjaan yang sesuai dengan personality kumpulan dan tampal di manila kad.
3.         Ahli kumpulan menyenaraikan ciri-ciri pekerjaan tersebut di kad manila.
4.         Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka dalam masa 5 minit.

Falsafah:
1.         Ahli dapat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2.         Ahli dapat meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan personality mereka..
3.         Setiap ahli mempunyai hala tuju yang jelas.




No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG