Wednesday, October 12, 2016

ICE BREAKING

MODUL ICE BREAKING




BIDANG: ICE-BREAKING – Pembinaan Hubungan
TAJUK                        : Dunia Baru
MASA             : 20 Minit
ALATAN          : Tiada
OBJEKTIF :
1.    Membina hubungan yang mesra sesama ahli.
2.    Mengurangkan perasaan rendah diri dan sifat malu.
3.    Membina keyakinan diri dalam pelbagai situasi.
LANGKAH :
1.    Peserta berkumpul dalam bulatan yang besar.
2.    Peserta mencari pasangan yang mempunyai ketinggian yang sama dan mendapatkan maklumat tentang ( nama, tempat tinggal, tempat lahir, dan hobi )
3.    Peserta diminta membentuk kumpulan baru yang terdiri dari 5 orang (yang sama tinggi ) dan mendapatkan maklumat tentang ( nama ibu dan bapa )
FALSAFAH :
1.    Berkumunikasi dengan orang lain walaupun sekejap.
2.    Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum dikenali.













BIDANG: ICE-BREAKING – Team Building / Kepimpinan
TAJUK            : Itulah Aku
MASA             : 20 Minit
ALATAN          : Kertas A4, Pen
OBJEKTIF :
1.    Mewujudkan semangat kekitaan dalam sesebuah organisasi.
2.    Peserta dapat mengetahui tentang dirinya melalui kaca mata orang lain.
3.    Peserta dapat mengenal diri mereka sendiri.
LANGKAH :
1.    Peserta diedarkan dengan kertas A4 sehelai setiap seorang dan mencatatkan nama sendiri di penjuru atas tengah.
2.    Peserta diminta melukis gambaran wajahnya secara kasar dalam masa 2 minit.
3.    Seterusnya, peserta hendaklah menukar gambaran wajah dengan peserta yang lain dan peserta yang lain akan melengkapkan lakaran pemilik wajah.
4.    Proses ini hendaklah diulangi sehingga peserta tersebut mendapat kertasnya sendiri.
5.    Setiap peserta diminta memberikan komen ( dalam bentuk perasaan ) terhadap lakaran wajah sendiri  yang telah diterima.
FALSAFAH :
1.    Manusia itu unik
2.    Perasaan positif dan negatif sentiasa wujud dalam setiap perhubungan.











BIDANG: ICE-BREAKING
TAJUK                       :  Tiru Macam Saya
MASA             : 30 Minit
ALATAN          : Lagu, CD/DVD, Laptop, Speaker
OBJEKTIF :
1.    Membina kreativiti dan inovasi secara spontan.
2.    Mengurangkan sifat introvert dalam kalangan peserta.
3.    Merapatkan hubungan sesama peserta.
LANGKAH :
1.    Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan yang  telah diagihkan untuk mencipta satu pergerakan yang melambangkan kumpulan masing-masing.
2.    Setiap kumpulan akan mempersembahkan pergerakan yang menjadi lambang kumpulan masing-masing.
3.    Seterusnya fasilitator akan memberi arahan tentang persembahan tarian mengikut beberapa tema lagu ( rancak, sentimental, irama melayu, bollywood , K-Pop, Kadazan, Orang Asli )
4.    Setiap pergerakan ini adalah secara individu dan peserta lain hendaklah meniru tarian tersebut.
5.    Fasilitator akan memberikan markah kepada setiap individu atas persembahan dan markah tersebut akan dikumpulkan dalam kumpulan dan akan dinilai kumpulan yang terbaik.
FALSAFAH :
1.    Bakat akan terserlah jika digilap.
2.    Setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing.
3.    Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.









BIDANG: ICE-BREAKING
TAJUK            : Gado-Gado
MASA             : 15 Minit
ALATAN          : Kertas A4, Pen, Pita pelekat
OBJEKTIF :
1.    Memupuk pendedahan kendiri agar peserta dapat mengenali dirinya dengan lebih mendalam.
2.    Menerima pandangan rakan dengan hati yang terbuka.
3.    Merapatkan jurang dalam kalangan peserta.
LANGKAH :
1.    Setiap pesrta diberi kertas A4 dan diminta untuk menulis perkataan positif dan negatif dipenjuru kertas A4.
2.    Kertas tersebut akan dilekatkan dibelakang peserta.
3.    Fasilitator mengarahkan semua peserta mendapatkan rakan-rakan untuk mengisi ruangan pada kertas tersebut.
4.    Aktiviti ini diulangi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh fasilitator.
FALSAFAH :
1.    Membentuk personaliti unggul.
2.    Mengekalkan sifat positif, memperbaiki sifat negatif.











No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG