Monday, October 10, 2016

KERTAS KERJA PROGRAM SENTUHAN TIDAK OK!

KERTAS KERJA PROGRAM SENTUHAN TIDAK OK!!!



SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
06400, POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN
KERTAS KERJA

PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!
2016


Pada
24 JULAI HINGGA 27 JULAI 2016
Tempat
MAKMAL KOMPUTER
SK POKOK SENA
Anjuran
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA
06400 POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN

NAMA PROGRAM

“KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN TIDAK OK!”

PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a)          Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik.
b)          Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)          Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)          Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)          Mencium  kanak-kanak dengan bernafsu.
f)           Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)          Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak.
h)         Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.
i)           Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)            Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)          Melakukan onani  terhadap kanak-kanak.
l)           Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.

RASIONAL
Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a)       Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

(b)      Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

(c)        Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

(d)        Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e)        Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

OBJEKTIF
a)  Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.
b)  Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c)  Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.
d)  Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
e)  Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f)   Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 4 dan 5

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh
:
24 Julai hingga 27 Julai 2016
Masa
:
Rujuk lampiran
Tempat
:
Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program. Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan program.

TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran








ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
1.
DAKWAT MESIN PENCETAK
RM 30.00 X 2
RM   60.00
2.
BAHAN MODUL

RM 100.00

JUMLAH BESAR

RM 160.00
                                Sumber pendapatan : Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling

Diluluskan/tidak diluluskan
Disahkan oleh

......................................................
(HAJI ZIS BIN ABD RAHMAN)







PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku. Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Disediakan oleh,


(PN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)
Penyelaras
Kursus Katakan Tidak Pada Sentuhan Tidak OK!
Disemak oleh,


(PN ANIZA BT AL-JOHARI)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

ULASAN PENGERUSI
..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Disahkan oleh

(HAJI AZIS BIN ABD RAHMAN)
Guru Besar
SK Pokok Sena
Tarikh: 24 Julai hingga 27 Julai 2016
Tempat: Makmal Komputer, SK Pokok Sena
Personalia : Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi
TUAN HJ AZIS BIN ABD RAHMAN
(Guru Besar SK Pokok Sena)
Naib Pengerusi
PUAN ANIZA BT AL-JOHARI
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
PUAN SHADIDAH BT SAAD
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
Setiausaha
PUAN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI
JK Fotografi
PUAN WAN NOOR ASYIKIN BT WAN OTHMAN



JK Persediaan Tempat
CIK NOR HAYATI BT ABIDIN
JK Disiplin
PUAN NORHAIYATI BT MOHAMAD






No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG